CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

HURAIAN KURIKULUM


TUNJANG DALAM KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN.



Penekanan dalam Kurikulum Standard ini adalah supaya murid-murid prasekolah dapat menguasai 4M bukan lagi 3M:
  • Membaca
  • Menulis
  • Mengira
  • Menaakul



MODUL ASAS DAN MODUL BERTEMA.
    a)     Modul Asas.Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2009 ), modul asas merangkumi Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Matematik dan Permainan Luar. Secara umumnya modul asas bertujuan untuk penguasaan literasi awal 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. Modul teras juga merangkumi Pendidikan Islam yang perlu diajar oleh guru agama yang bertauliah. Pendidikan Moral pula diajar semasa kanak-kanak beragama Islam belajar Pendidikan Islam, maka ia perlu dikelaskan sebagai modul teras asas. Kanak-kanak pada umur ini perlu diberi waktu khas untuk aktiviti fizikal diluar, maka Permainan Luar juga dianggap sebagai modul teras asas. Modul asas diberi masa yang khas dalam jadual waktu prasekolah. Pada awal tahun modul asas mengambil masa lebih kurang 35% daripada waktu prasekolah, tetapi pada akhir tahun, peratus masa ini berkurangan jika murid didapati sudah menguasai kemahiran 4M.



    b)     Modul Bertema.Modul Bertema merupakan modul bersepadu yang merangkumi unsur-unsur dalam keenam-enam Tunjang dan juga unsur kreatif, kritis dan inovatif. Modul Bertema dibina menggunakan isu kehidupan/peristiwa seharian kanak-kanak. Pada awal tahun, modul teras tema mengambil masa lebih kurang 35% masa prasekolah tetapi pada akhir tahun peratus masa perlu dinaikkan. Guru boleh menggunakan tema pembelajaran mengikut keperluan setempat dan keperluan semasa. Walaubagaimanapun, adalah dicadangkan tema-tema ini dibina berdasarkan kategori berikut iaitu Diri saya, Negara saya, Alam Hidupan, Alam Bahan, Alam Fizikal dan Alam Semulajadi ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009 ).





No comments:

Post a Comment